
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Aku memulakan bicaraku.
Hari ini, genaplah 7 hari abah pergi meninggalkan kami. Terasa baru semalam aku memandikan abah. Menyuapkan makanan untuk abah. Hampir setahun abah menderita. Menurut doktor, otak abah mengecut dan tiada harapan untuk sembuh. Tapi kami tidak berputus asa. Cuba rawatan tradisional. Hasilnya, pelbagai andaian dibuat, saka, buatan orang dan sebagainya. Doktor ada jugak cakap, it’s impossible untuk orang yang sebaya abah ada penyakit macam tu secara saintifik dan logiknya . Sebab tu kami try alternative way.
Hurm…rindu ngan abah. Alhamdulillah…Abah pergi dlm keadaan yang sangat mudah. Semasa hayat abah, abah adalah seorang yang sangat baik, jenis x berkira, bukan seorang yang pemarah, even abah adalah seorang yang garang dan tegas, maklumlah, abah aku seorang anggota polis, kalo dier bengang ngan orang, dier xkn berdendam, apetah lagi nak marah-marah..Sangat x suke burukkan orang, mengumpat jauh sekali…siap kitorg kne marah kalo ngumpat..huhu
Pemergian abah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada aku dan keluarga…sangat…sangat…kami sangat rapat…xtahu nak cakap camne…mungkin sebab aku anak sulung…dlu aku sangat rapat ngan abah berbanding ngan mak aku sendiri…hurm…selalu abah dengar masalah aku…he’s a good listener…plus damn good advisor…hurmm…rindunye time tu…
Masa aku kat matriks dlu…setiap hari abah telefon kejutkan aku…suh bangun Subuh…dier da masak dah perangai aku…agak liat bangun pagi…isk3…ape nak jadik la…kadang-kadang berpuluh miskol…masuk U pon sama…hehe…aku memang tido mati…abah…kakak rindu time tu…
Bila masuk U…aku dapat yang dekat dengan rumah…dalam 15 min camtu…hampir setiap hari abah datang…kadang-kadang datang berdua ngan mama…
Teringat masa aku sekolah menengah…aku dapat sekolah asrama…setiap minggu abah ngan mama datang…aku masa sekolah asrama sangat gedik..manja semenanye…baru seminggu masuk aku nak berhenti dah…home sick!!..huahua…penat pujuk mama ngan abah dulu…nasib baik abah bertegas…kalo x awal2 lagi mama dah cair…dengar cakap aku…belajar di sekolah agama memberikan impak yang sangat berkesan kat aku…Alhamdulillah…aku bersyukur masuk sekolah itu…
Abah…kakak rindukan abah…rindu sangat…aku bersyukur sempat menjaga abah semasa abah sakit…setahun yang lepas…bila sakit abah makin teruk…dua minggu ak ponteng kuliah…pointer trun sket sem tu…aku hilang fokus…Alhamdulillah lepas aku abes degree…aku ada kesempatan jaga abah…walaupun x lama...
Setiap hari aku mandikan abah…suap abah makan…abah boleh mandi sendiri…tapi x bersih sangat…so aku mandikan la..hehe…abah pon boleh nak makan sendiri…tapi x reti nak suap nasik…setakat makan biskut boleh la.
2-3 hari sebelum abah meninggalkan kami… aku x boleh nak tido..makan pon x lalu…satu hari aku tido 3 jam..pastu ak tido siang pon x bole..pening kepala eden…sebelum tu aku ade mimpi patah gigi…orang kate tu tanda ada ada ahli keluarga nak meninggal…yang patah tu pulak bahagian atas…maknanya orang yang lagi tua nak meninggal…ntah la..mungkin ini semua kebetulan…
Alhamdulillah…abah pergi dalam keadaan yang sangat mudah…time tu aku baru lepas mandikan abah…bersihkan abah selepas abah buang air besar..wangi dah abah time tu..Subhanallah…kuasa Allah…lepas mandikan abah..abah masih boleh berjalan seperti biasa…masa pakaikan baju abah…still macam biasa…masa nak pkaikan pampers abah sangat senang…sbelum ni abah sangat susah nak angkat belakang untuk dipakaikan pampers…tapi masa aku nak pakai kan tu…abah boleh angkat belakang dier…dah la aku pakaikan terbalik…dua-tiga kali abah kene angkat badan dier…tapi semuanya sangat mudah…2-3 hari sebelum abah meninggal…abah dah x bole nak control buang air kecil…so kitorg pkaikan pampers kat abah. Aku assume ade malaikat tolong abah mase di akhir hayatnya…sebab semua senang…lepas pakaikan abah pampers…aku perasan cara abah bernafas agak pelik…mule2 aku ingat abah kene strok…tiba-tiba abah pejamkan mata…2-3 kali aku panggil abah bukak balik mata…pastu pejam…aku agak terkedu disitu…ingat abah pengsan…ak bagi cpr….tkan dada abah…hope xde pape…tp time tu aku memang dah rase abah dah xde…tp still aku hope xde pape…
Pastu aku pegi panggil jiran…aku tinggal berdua ngan nenek aku time tu…mak aku gi hantar adik aku balik Perlis kat bukit jalil…pastu jiran aku kol pramedik…dorg yg bgi confirmation kate abah da tade…
Hurm…sangat sekejap…abah pergi ketika usianya 50 tahun..x sempat nak berbakti lama-lama kat abah…tapi aku percaya Allah sedang menguji kami sekeluarga…Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2
Sesungguhnya setiap jiwa itu tidak akan mati kecuali dengan izin Allah dan takdir dari-Nya.Apabila sudah ditakdirkan waktunya mati, maka tidak ada pilihan lagi kecuali mati. Tidak bergeser sedikitpun. Allah berfirman,Tiap- tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula memajukannya(Al-A’raaf: 34)
Aku pun akan kesana jugak nanti…just abah je yang pergi dulu…Abah tinggalkan amanah untuk aku pegang…adik2ku…dan ibu ku…aku kene kuat…WAJIB…
Abah…kakak sedekahkan Al-fatihah untuk abah..moga abah ditempakan bersama golongan para mu’min….kakak sayang abah…sayang sangat…
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Alfatihah kepada abah tersayang…En Rosli b. Dowd
